kalo nak kenal kobis....

My photo
kalo korang nak kenal, nama ku Nur Salbiah binti Abdullah. kawan-kawan panggil ABBY. asal Tapah, Perak. anak ke3 dari 6 adik beradik. dari umo 1 hari hingga umo 21 tahun aku dibesarkan n blaja kat dalam negeri Perak je. tapi bila dah dapat keje, rezeki aku kat luar negeri Perak iaitu kat Pulau Pinang, Pulau Mutiara, sekarang dah dapat pengiktirafan dunia tau, Negeri Bersejarah Dunia. bangga la jugak skit-skit. aku ada seorang "teman sehidup semati"(insyallah), seorang puteri Nur Amirah safiy & seorang putera Muhammad Afiq. itu la skit-skit cerita hidup aku setakat hari ini. kalo ade ape-ape lagi nanti aku tambah la....

Tuesday, December 23, 2008

Jalan-jalan makan Laksa

20hb Disember 2008
aku ajak le adik-adik opis aku gi jenjalan hujung minggu. Hubby aku ade kursus.....


Gurney Plaza.....
Lokasi pertama yang kami kunjungi pagi tu Gurney Plaza. Windo shoping je. lagi pun kami nak cari hadiah untuk en fauze yang nak tukar ke JKR Melaka.



antara gambo yang sempat dirakam di Gurney Plaza

ni masa kami tengok show Power Rangger.



Laksa Pokok Janggus, Balik Pulau.....
Lepas windo shoping kat Gurney Plaza dalam jam 03:30 petang kami gerak ke Balik Pulau. ape lagi nak makan LAKSA la. Kalo sebut je Laksa Pokok Janggus semua orang Penang tau. memang Famus la laksa ni.

Lokasi dia lebih kurang 2 KM dari Pekan Genting. Jalan nak ke Kem BTN Balik Pulau.

Masa aku sampai tekejut la jugak. nampak sangat dah lama aku tak datang makan kat kedai ni. sebab setahun yang lalu dengan keadaaan sekarang memang banyak perubahan. bagus la cam tu kan. ade peningkatan peniaga kita.....

tu la papan tanda kedai laksa tu.


Pantai Pasir Panjang.....
Bila dah kenyang makan, dalam jam 05:00 petang kami gerak untuk lepak kat tepi pantai. nama tempat ni Pasir Panjang. Lokasi dia memang kat sebelah Kem BTN Balik Pulau.

Untuk pengetahuan korang, semasa berlakunya kejadian Tsunami, tempat ni salah satu lokasi yang teruk dilanda ombak besar tu. sebelum kejadian antara pagar Kem BTN dengan gigi air laut atau unjuran pantai tu lebih kurang 500m. tapi sekarang gigi air laut dan keadaan muka bumi pantai tu dah jauh berubah. Itulah kejadian TUHAN.


ni gambo aku n anak aku, amira


ni amira n makcik2 dia..... :))


Pesta Pulau Pinang 2008.....
Bila dah rehatkan minda di tepi pantai. kami ke lokasi seterusnya, Tapak Pesta Pulau Pinang. untuk pengetahuan korang2, Pesta Pulau Pinang ni tiap2 tahun dibuka kepada umum setiap Disember (cuti sekolah). so kalo nak datang Penang memang Jambatan Pulau Pinang akan Jem la.

ape yang meriah dan menarik kat PEsta ni? entah la, aku pun tak tau. biasala ade jualan2 dari pengusaha tempatan, luar negara antaranya dr Thailand n Indonesia dan juga pameran-pameran serta hiburan dari artis tempatan dan juga koleksi Negeri Pulau Pinang sendiri.

yg meriahnya "Team Park". macam-macam game ade. Top Gun la, Rumah Hantu, Fun Fair boleh dikatakan macam-macam adaaaaaaaaa......

gambo ni aku ambik kat studio yg ade kat tapak pesta


Okla kengkawan. ape pun selamat bercuti dan melancong. Melancong lah dalam negara kerana negara kita pun tak kurang tempat yang menarik. tapi kalo korang ade bujet lebih pegi la kemana2 yang korang suka.

Sakit Mata...

kawan-kawan.....

aku kena jangkitan sakit mata la. 22hb aku gi klinik. dapat MC 1 hr je. doktor tu mmg beng la. dia tak tau ke sakit mata ni penyakit berjangkit.

so aku datang gak la opis sebab ade jamuan perpisahan en fauze. sebelum jamuan adeperjumpaan dengan KPPJ. aku masuk la perjumpaan tu. alih2 boss aku suruh aku keluar. dia kata takut jangkit.

Thursday, December 11, 2008

ucap macam-macam

kat sini aku nak ambil kesempatan untuk ucap macam-macam ucapan kepada semua kawan-kawan yang melayari blog aku.

ni la muka-muka "wanted"


Pertama aku nak ucap Selamat Hari Lahir kepada kawan-kawan blog aku :

1. Nama glemor Cik Wahid, nama penuh Noor Wahida Omar birthday 30.01. Orang Langgar, Kedah. aku mula kenal dia masa keje kat JKR ni la, bln Mei 2002.

2. Skali tengok org tau dia ni anak cina. dari Perlis, nama dia Sazlina Goh. Lahir 27.06. dia masuk JKR tahun Jan 2004.

3. Ni budak satu kapal dengan aku, orang Taiping, Perak. Rohayu. Dah la satu kapal, lahir pun sama bulan dengan aku 11.11.

4. Yang sorang ni aku mula kenal dia dengan gelaran "Anak Mak". Nama dia Nurul Aqilah Admar. dia baru je joint JKR. birthday dia 12.12 (esok).

Kepada yang aku tak sebut tu jangan la kecik hati. ape pun HAPPY BIRTHDAY kepada semua sepanjang tahun 2008 ni. hope semua sihat walafiat, seronok n senang hati kawan dengan aku, murah rezeki, jodoh dipanjangkan dunia akhirat dan lain-lain la.


Kedua, Selamat Hari Ibu, Hari Wanita, Hari Raya, Hari MERDEKA, Hari Pekerja dan Hari-hari lain la.


Ketiga, Selamat Tahun Baru 2009.

Aku harap dengan kehadiran tahun baru 2009, KPPJ baru, Kerajaan Baru, kita dapat susana baru di opis, boleh menjadikan hubungan kita lebih erat, senang hati untuk bekerjasama (kepada orang yang nak bekerjasama dan tak berkira la kan) dan ape-ape la yang baru.

Yang penting tahun 2009 aku nak tambah orang baru.


Nurul ko bila nak tambah lagi?????

Cik Wahid kena "rehat" dulu.


Ina, Jan 2009 nak kawin, ade perancangan ke? jangan tunggu.....

Ayu. Ko ape cerita? tarikh pun tak tau lagi ni.

Ok la. ape pun best la kawan dengan korang-korang.....

Untuk ingatan bersama.....

"Mungkin kerana kita terleka, sekali pena terlepas dari genggaman, ucapan "Ops" mendahului " YA ALLAH..." Bila perut kenyang " Ha...kenyangnya " mengatasi "ALHAMDULILLAH..." Bila diri terpegun dengan keindaham alam "SUBHANALLAH" tertutup oleh "Oh..Cantiknya..." Bila dikunjungi berita malang.." Kasihannya" terucap kerana kita terlupa pada " INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUUN..." Kadang kala kita terlupa kerana kita terbiasa... Tapi ingatlah bila IZRAIL mendekati kita biarlah ucapan "LAILAHA ILLALLAH.." menjadi juara mengatasi kata-kata..."

Wednesday, December 10, 2008

balik raya...

raya aidiladha tahun ni aku balik kampung aku kat tapah. kami berkumpul adik beradik je. mak ayah aku mengerjakan ibadat haji tahun ni.

ontheway balik raya kg tapah

tengokla tu. punya luas kusyen dalam kereta kat tengah tu jugak dia nak duduk.


seronok main kuda kayu.....

balik kampung tapah, macam-macam ade mainan. salah satu yang paling anak aku suka kuda kayu tu. dia mula tunggang kuda kayu tu dari dinding tu sampai tang tu. punya la dia seronok.


pakai rambut palsu

ni plak pakai rambut palsu. kakak aku yang no. 2 tu memang suka bersolek-solek skit. dia suka la beli aksesori macam-macam untuk anak dia. bila dah ramai-ramai habis semua anak buah dia dia solek, termasuk la anak aku.

yang baju pink tu la kak aku no. 2

ni la kaum kerabat kami. anak-anak ramai. mak ayah aku ade 4 cucu perempuan 1 cucu lelaki. so "union" kami kuat la.

bergurau dengan Yaya....

ni plak anak aku bergurau ngan salah seorang kembo Yaya. boleh tahan jugak lasak anak aku n anak-anak buah aku yang lain.


amira "kongker" kerusi

ni plak anak aku "kongker" kerusi tu. habis semua orang dia suruh dok bawah. dia beleh gelak plak bila orang lain turun, siap dia duduk tengah-tengah kerusi tu.


si kembo...

kawan-kawan. aku sebenonye dah tak de story. asyik cita bab makan n kutuk mengutuk je boring jugak kan. la aku nak cerita tentang anak-anak aku Si Kembo.


ini lah si Kembo Icha n Yaya
nama mereka Nur Arisya Naseren dan Nur Alia Nasrena. depa ni anak kepada kakak aku yang sulong. sekarang umo depa dah nak masuk 3 tahun. sekali tengok macam anak cina.






yang baju biru tu la ibu si kembo


si kembo ni lain-lain perangai. yang sorang garang macam ibu dia, yang sorang lagi ok skit la. kalo di tengok-tengok boleh beza antara satu sama lain.




kembo bertudung


si kembo bertocang

kembo bersama "atuk Dollah". cucu kesayangan.....















Thursday, December 4, 2008

jarum dah masuk.........

kawan-kawan,

sorang lagi kawan opis aku dah kena jarum Blog. lepas dia baca je blog kami-kami yang dah ade blog sendiri, terus dia jerit "aku pun nak jugak". so kami pun pakat-pakat la tolong dia buat.....




nila kawan aku yang dah kena jarum tu.....
wei Syasya n Fuza , korang bila lagi nak ade Blog sendiri... :))

roti canai tepi jalan.

Pagi ni kawan aku budak Persona Club tu ajak makan pagi kat luar. So kami pakat-pakat pegila termasuk la sorang budak yang kena kawalan 8 jam dengan Mama Bosan or CCTV opis aku ni. mula tu dia takut-takut jugak.
Tapi bila dah sampai tempat makan tu, tak ingat dah yang dia kena punchkad masuk lepas makan. siap bertambah roti canai dia.

ni la gelagat depa kat kedai makan tu. makan tak ingat CCTV dia.....

Wednesday, December 3, 2008

Raya haji @ Korban.....

tahun ni raya haji jatuh pada 08 disember 2008 bersamaan 10 zulhijjah 1429 masihi.





ni gambo masa kami anto mak abah gi Kompleks Tabung Haji, di Kelana Jaya.

tahun ni kami adik beradik beraya haji tanpa kedua ibubapa kami yang kini berada di Mekah kerana telah sampai seruan untuk mereka berdua mengerjakan Rukun Islam yang ke 5 iaitu mengerjakan Ibadah Haji.

Mak Abah doakan kebahagian kita sekeluarga, bahagian dunia akhirat, sihat, murah rezeki, aman damai dan erat silaturahim.

harap mak abah sihat selamat pergi dan selamat kembali. jangan risaukan kami di sini.

Pengaruh blog......

Petang ni baru la dapat tau, ade lagi kawan2 opis aku yang telah terpegaruh nak jadi "Bloger". dasyat nooooo..... tak pe kita pakat-pakat belajo same-same.

Yang penting keje jalan......

ok la kawan-kawan, tahniah pada sape2 yang dah ade blog sendiri. kita pakat-pakat tuko-tuko cerita la no.... kepada kawan-kawan yang belum ade blog tu cepat-cepat la joint kami......

Renungan Pagi Rabu.....

Kesakitan itu adalah Penawar. Ia membawa kita menyelami makna hidup. Hadapilah..... Percayalah, kita lebih memahami semuanya.

Pesan pada hati, percaya kepada Tuhan dia tas kebaikan yang diberinya.

Apabila kita tidak dapat apa yang diingini, Percayalah sesungguhnya Dia sedang merancang sesuatu yang lebih indah dan terbaik untuk MU......

Tuesday, December 2, 2008

Hari Q dan Tahniah....

Hari ni hari Kualiti atau "Q" JKR Pulau Pinang. hari ni disambut untuk mengiktiraf hasil-hasil kerja berkualiti, pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan cemerlangnya sepanjang tahun 2007 dan insan-insan yang akan meninggalkan perkhidmatan awam atau senang cerita nak pencen.



Dia la Sazlina. yang kecil tu anak aku....

Tahniah la buat kawan aku sorang ni nama dia Sazlina Goh binti Abdullah (nama pak je sama) menerima anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2007. Tahniah sekali lagi dan teruskan usaha anda.

Alhamdulillah, aku dah terima anugerah Khidmat Cemerlang bagi Tahun 2006 (rezeki anak aku). Terima kasih kepada bos-bos aku yang sebelum-sebelum ni antaranya En Hamizol bin Ngah, KPPJ dari Mei 2002 hingga April 2005. Tn Haji Rosdi bin Abdul Rahman Jun 2005 dan Mej Ir Mohd Tajul Urus bin Tajuddin, KPPJ dari Ogos 2005 hingga Jan 2007 (kalo tak salah). Tn Haji Rahim bin Goon dari Mac 2007 (kalo tak salah). Tak lupa kepada bos aku jugak En Che Mohd Fauze bin Che Fadzil, PPKJ yang selalu kena buli ngan anak buah dia. En Fauze ni bagus sangat-sangat. dia la bos yang kira rapat dengan anak-anak buah dia. Dia pun dah nak tukar mulai Jan 2009 memangku J52 (KPPJ) di JKR Melaka. Tahniah En Fauze.

Pada yang belum menerima anugerah ni, usaha dan yang penting buat kerja atas usaha kita sendiri, jangan pijak orang lain, jangan bodek-bodek, dan sendiri paham la....

Monday, December 1, 2008

"walet" mahal siapa?????????

Jenama Gucci siuttttttttttt

walet siapa ni? untuk pengetahuan kawan2 salah satu tabiat member2 aku kat opis ni suka tinggal walet n handphone ikut suka, bukan nak simpan dalam handbang ke, laci ke. ade plak kaki yang suka sorok2 (nak pekena kawan2 la ni). ape pun "walet" mahal ni orang macam aku boleh tolong pegang je la kan. nak beli, banyak keperluan lain. bak kata pepatah kemahuan mengatasi keperluan atau keperluan mengatasi kemahuan. ape pun tepuk dada tanya minda

fesyen terbaru bertudung

salah satu hasil ciptaan fesyen terbaru bertudung yang aku hasilkan.









tengok la model aku ni.

boss baru dah masuk

hari boss baru atau KPPJ dah lapor diri. tak tau la dia cam ne plak. nama dia Hassan. bukan sarjan Hassan. :)). stakat ni dah 4 KPPJ silih berganti dari en Hamizol bin Ngah dari Taiping,Perak, tn Haji Rusdi bin Abdul Rahman asal Kedah, Mej Ir Mohd Tajul Urus bin Tajuddin asal Gerik, Perak. en Hassan ni pun dari Perak. "pior" betul loraght dia....

makan capati.....

korang tengok la kawan aku sorang ni. makan sampai tak sedar aku ambil gambo dia. capati tu dah masuk 3 keping dah tu. tapi yang kesiannya kat dia lepas ni mulai bulan DISEMBAR 2008 ni aku tak leh ajak dia kuar makan di luar KOMTAR lagi, sebabnya dia kena punchkad kat "MAMABOSAN" or "CCTV" keluar masuk kemane saje dia pegi....




sepasang kasut baru




Jumaat lepas aku belikan kasut baru untuk anak aku. macam mane pun dia nak jugak kasut KODOK dia.