kalo nak kenal kobis....

My photo
kalo korang nak kenal, nama ku Nur Salbiah binti Abdullah. kawan-kawan panggil ABBY. asal Tapah, Perak. anak ke3 dari 6 adik beradik. dari umo 1 hari hingga umo 21 tahun aku dibesarkan n blaja kat dalam negeri Perak je. tapi bila dah dapat keje, rezeki aku kat luar negeri Perak iaitu kat Pulau Pinang, Pulau Mutiara, sekarang dah dapat pengiktirafan dunia tau, Negeri Bersejarah Dunia. bangga la jugak skit-skit. aku ada seorang "teman sehidup semati"(insyallah), seorang puteri Nur Amirah safiy & seorang putera Muhammad Afiq. itu la skit-skit cerita hidup aku setakat hari ini. kalo ade ape-ape lagi nanti aku tambah la....

Tuesday, December 2, 2008

Hari Q dan Tahniah....

Hari ni hari Kualiti atau "Q" JKR Pulau Pinang. hari ni disambut untuk mengiktiraf hasil-hasil kerja berkualiti, pegawai-pegawai yang berkhidmat dengan cemerlangnya sepanjang tahun 2007 dan insan-insan yang akan meninggalkan perkhidmatan awam atau senang cerita nak pencen.



Dia la Sazlina. yang kecil tu anak aku....

Tahniah la buat kawan aku sorang ni nama dia Sazlina Goh binti Abdullah (nama pak je sama) menerima anugerah Khidmat Cemerlang Tahun 2007. Tahniah sekali lagi dan teruskan usaha anda.

Alhamdulillah, aku dah terima anugerah Khidmat Cemerlang bagi Tahun 2006 (rezeki anak aku). Terima kasih kepada bos-bos aku yang sebelum-sebelum ni antaranya En Hamizol bin Ngah, KPPJ dari Mei 2002 hingga April 2005. Tn Haji Rosdi bin Abdul Rahman Jun 2005 dan Mej Ir Mohd Tajul Urus bin Tajuddin, KPPJ dari Ogos 2005 hingga Jan 2007 (kalo tak salah). Tn Haji Rahim bin Goon dari Mac 2007 (kalo tak salah). Tak lupa kepada bos aku jugak En Che Mohd Fauze bin Che Fadzil, PPKJ yang selalu kena buli ngan anak buah dia. En Fauze ni bagus sangat-sangat. dia la bos yang kira rapat dengan anak-anak buah dia. Dia pun dah nak tukar mulai Jan 2009 memangku J52 (KPPJ) di JKR Melaka. Tahniah En Fauze.

Pada yang belum menerima anugerah ni, usaha dan yang penting buat kerja atas usaha kita sendiri, jangan pijak orang lain, jangan bodek-bodek, dan sendiri paham la....

4 comments:

Anonymous said...

selagi CC ada selagi tue laa x dak harapan nak dapat cemerlang

Hidayah Admar said...

lols. Puan Nurul kita bila plak nak dapat ni ?

kobis said...

yang penting kita dapat atas usaha kita sendiri. jangan bodek-bodek

IN said...

ya butut,,,,jgn ikut buntut...