kalo nak kenal kobis....

My photo
kalo korang nak kenal, nama ku Nur Salbiah binti Abdullah. kawan-kawan panggil ABBY. asal Tapah, Perak. anak ke3 dari 6 adik beradik. dari umo 1 hari hingga umo 21 tahun aku dibesarkan n blaja kat dalam negeri Perak je. tapi bila dah dapat keje, rezeki aku kat luar negeri Perak iaitu kat Pulau Pinang, Pulau Mutiara, sekarang dah dapat pengiktirafan dunia tau, Negeri Bersejarah Dunia. bangga la jugak skit-skit. aku ada seorang "teman sehidup semati"(insyallah), seorang puteri Nur Amirah safiy & seorang putera Muhammad Afiq. itu la skit-skit cerita hidup aku setakat hari ini. kalo ade ape-ape lagi nanti aku tambah la....

Tuesday, December 23, 2008

Jalan-jalan makan Laksa

20hb Disember 2008
aku ajak le adik-adik opis aku gi jenjalan hujung minggu. Hubby aku ade kursus.....


Gurney Plaza.....
Lokasi pertama yang kami kunjungi pagi tu Gurney Plaza. Windo shoping je. lagi pun kami nak cari hadiah untuk en fauze yang nak tukar ke JKR Melaka.



antara gambo yang sempat dirakam di Gurney Plaza

ni masa kami tengok show Power Rangger.



Laksa Pokok Janggus, Balik Pulau.....
Lepas windo shoping kat Gurney Plaza dalam jam 03:30 petang kami gerak ke Balik Pulau. ape lagi nak makan LAKSA la. Kalo sebut je Laksa Pokok Janggus semua orang Penang tau. memang Famus la laksa ni.

Lokasi dia lebih kurang 2 KM dari Pekan Genting. Jalan nak ke Kem BTN Balik Pulau.

Masa aku sampai tekejut la jugak. nampak sangat dah lama aku tak datang makan kat kedai ni. sebab setahun yang lalu dengan keadaaan sekarang memang banyak perubahan. bagus la cam tu kan. ade peningkatan peniaga kita.....

tu la papan tanda kedai laksa tu.


Pantai Pasir Panjang.....
Bila dah kenyang makan, dalam jam 05:00 petang kami gerak untuk lepak kat tepi pantai. nama tempat ni Pasir Panjang. Lokasi dia memang kat sebelah Kem BTN Balik Pulau.

Untuk pengetahuan korang, semasa berlakunya kejadian Tsunami, tempat ni salah satu lokasi yang teruk dilanda ombak besar tu. sebelum kejadian antara pagar Kem BTN dengan gigi air laut atau unjuran pantai tu lebih kurang 500m. tapi sekarang gigi air laut dan keadaan muka bumi pantai tu dah jauh berubah. Itulah kejadian TUHAN.


ni gambo aku n anak aku, amira


ni amira n makcik2 dia..... :))


Pesta Pulau Pinang 2008.....
Bila dah rehatkan minda di tepi pantai. kami ke lokasi seterusnya, Tapak Pesta Pulau Pinang. untuk pengetahuan korang2, Pesta Pulau Pinang ni tiap2 tahun dibuka kepada umum setiap Disember (cuti sekolah). so kalo nak datang Penang memang Jambatan Pulau Pinang akan Jem la.

ape yang meriah dan menarik kat PEsta ni? entah la, aku pun tak tau. biasala ade jualan2 dari pengusaha tempatan, luar negara antaranya dr Thailand n Indonesia dan juga pameran-pameran serta hiburan dari artis tempatan dan juga koleksi Negeri Pulau Pinang sendiri.

yg meriahnya "Team Park". macam-macam game ade. Top Gun la, Rumah Hantu, Fun Fair boleh dikatakan macam-macam adaaaaaaaaa......

gambo ni aku ambik kat studio yg ade kat tapak pesta


Okla kengkawan. ape pun selamat bercuti dan melancong. Melancong lah dalam negara kerana negara kita pun tak kurang tempat yang menarik. tapi kalo korang ade bujet lebih pegi la kemana2 yang korang suka.

2 comments:

Anonymous said...

wah... syoknya... apa kan daya diriku x dapat join...

CaBaiKeRinG said...

lamanya tak makan laksa

hang keja kat mana...

bestnya jumpa banyak blogger kat penang...

boleh kita jumpa nanti!

mai tengok belog aku.

kalau suka nanti boleh hang follow...

www.cabai-kering.blogspot.com

c ya!