kalo nak kenal kobis....

My photo
kalo korang nak kenal, nama ku Nur Salbiah binti Abdullah. kawan-kawan panggil ABBY. asal Tapah, Perak. anak ke3 dari 6 adik beradik. dari umo 1 hari hingga umo 21 tahun aku dibesarkan n blaja kat dalam negeri Perak je. tapi bila dah dapat keje, rezeki aku kat luar negeri Perak iaitu kat Pulau Pinang, Pulau Mutiara, sekarang dah dapat pengiktirafan dunia tau, Negeri Bersejarah Dunia. bangga la jugak skit-skit. aku ada seorang "teman sehidup semati"(insyallah), seorang puteri Nur Amirah safiy & seorang putera Muhammad Afiq. itu la skit-skit cerita hidup aku setakat hari ini. kalo ade ape-ape lagi nanti aku tambah la....

Thursday, December 11, 2008

ucap macam-macam

kat sini aku nak ambil kesempatan untuk ucap macam-macam ucapan kepada semua kawan-kawan yang melayari blog aku.

ni la muka-muka "wanted"


Pertama aku nak ucap Selamat Hari Lahir kepada kawan-kawan blog aku :

1. Nama glemor Cik Wahid, nama penuh Noor Wahida Omar birthday 30.01. Orang Langgar, Kedah. aku mula kenal dia masa keje kat JKR ni la, bln Mei 2002.

2. Skali tengok org tau dia ni anak cina. dari Perlis, nama dia Sazlina Goh. Lahir 27.06. dia masuk JKR tahun Jan 2004.

3. Ni budak satu kapal dengan aku, orang Taiping, Perak. Rohayu. Dah la satu kapal, lahir pun sama bulan dengan aku 11.11.

4. Yang sorang ni aku mula kenal dia dengan gelaran "Anak Mak". Nama dia Nurul Aqilah Admar. dia baru je joint JKR. birthday dia 12.12 (esok).

Kepada yang aku tak sebut tu jangan la kecik hati. ape pun HAPPY BIRTHDAY kepada semua sepanjang tahun 2008 ni. hope semua sihat walafiat, seronok n senang hati kawan dengan aku, murah rezeki, jodoh dipanjangkan dunia akhirat dan lain-lain la.


Kedua, Selamat Hari Ibu, Hari Wanita, Hari Raya, Hari MERDEKA, Hari Pekerja dan Hari-hari lain la.


Ketiga, Selamat Tahun Baru 2009.

Aku harap dengan kehadiran tahun baru 2009, KPPJ baru, Kerajaan Baru, kita dapat susana baru di opis, boleh menjadikan hubungan kita lebih erat, senang hati untuk bekerjasama (kepada orang yang nak bekerjasama dan tak berkira la kan) dan ape-ape la yang baru.

Yang penting tahun 2009 aku nak tambah orang baru.


Nurul ko bila nak tambah lagi?????

Cik Wahid kena "rehat" dulu.


Ina, Jan 2009 nak kawin, ade perancangan ke? jangan tunggu.....

Ayu. Ko ape cerita? tarikh pun tak tau lagi ni.

Ok la. ape pun best la kawan dengan korang-korang.....

Untuk ingatan bersama.....

"Mungkin kerana kita terleka, sekali pena terlepas dari genggaman, ucapan "Ops" mendahului " YA ALLAH..." Bila perut kenyang " Ha...kenyangnya " mengatasi "ALHAMDULILLAH..." Bila diri terpegun dengan keindaham alam "SUBHANALLAH" tertutup oleh "Oh..Cantiknya..." Bila dikunjungi berita malang.." Kasihannya" terucap kerana kita terlupa pada " INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI ROJIUUN..." Kadang kala kita terlupa kerana kita terbiasa... Tapi ingatlah bila IZRAIL mendekati kita biarlah ucapan "LAILAHA ILLALLAH.." menjadi juara mengatasi kata-kata..."

2 comments:

Anonymous said...

selamat ari segalanya untuk semua... cek nak tambah lambat lagi kot.... tapi kalu xcident apa kan daya....:)

yue said...

12/11...